Nak jual rumah bukan sesuatu yang mudah, bukan sekali bawa pembeli terus jadi. Tapi, tak dinafikan ada je pembeli yang tengok rumah sekali terus jadi. Ada juga yang bawa pembeli berkali-kali. Bagi pemilik rumah yang sibuk dengan kerja, pasti tidak ada masa untuk menguruskan hal jual rumah. Paling terbaik lantiklah ejen hartanah.
Apa kelebihan melantik ejen hartanah?
1) Tak perlu pening kepala cari pembeli. Ejen akan uruskan.
2) Tak perlu nak set masa dengan pembeli, dan terkejar-kejar bawa pembeli tengok rumah.
3) Tak perlu fikir nak uruskan hal pinjaman, peguam dan sebagainya. Ejen boleh settlekan.
3) Tak perlu nak bersusah payah untuk pengiklanan. Ejen akan uruskan kerana ejen banyak platform pengiklanan dan network seperti ejen-ejen hartanah lain, banker, valuer dan penguam.
Cara jual rumah guna ejen
Sebelum melantik Ejen Hartanah untuk menguruskan hal jual rumah, pastikan ejen hartanah berdaftar dengan agensi yang berdaftar degan LPPEH. Klik website Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurusan Harta (LPPEH) dan isi di ruangan REN 49311. Maklumat ejen seperti (NO REN, NAMA, AGENSI, CONTACT, EXPIRY DATE) dinyatakan dalam website.
Selain dari check maklumat Ejen melalui website, anda boleh mintak business card atau REN TAG dengan ejen.Tetapi Ejen Hartanah yang baru ceburi bidang hartanah kebiasaanya tak ada NO REN atau REN TAG.Cara lain untuk kenal pasti Ejen Hartanah tu sah, anda boleh call agensi untuk check ejen tersebut berdaftar dengan agensi tersebut atau tidak.
Bila dah yakin Ejen tersebut bukan scammer dan dah confirm nak guna Ejen tu, sign la borang perlantikan Ejen.
Ada 3 kategori perlantikan ejen yang anda boleh pilih yang rasa bersesuaian dengan anda.
1) General. Kalau general bermakna anda berhak untuk melantik ejen-ejen dari agensi lain sebanyak yang anda suka dan anda sendiri pun boleh cari pembeli untuk rumah anda. Kalau banyak sangat ejen pun tak elok, pening anda nanti, dan akan ada berlawan harga menyebabkan harga rumah anda makin jatuh.
2) Sole Ejen. Hanya ejen dilantik tu sahaja boleh jual rumah anda. Anda tidak boleh melantik ejen lain selama masa yang dipersetujui (selalu 3 bulan). Tetapi anda sendiri boleh cari pembeli jugak dan jual direct kepada pembeli tanpa melalui ejen.
3) Eksklustif Ejen. Sama macam sole ejen. Yang berbeza, anda sebagai pemilik rumah tidak
boleh jual rumah secara direct kepada pembeli yang anda cari. Anda perlu melalui ejen tu walaupun anda yang dapat pembeli tu. Tempoh perlantikan pun selalunya 3 bulan atau terpulang kepada persetujuan masing-masing.
Lantikan terbaik sudah tentu Eksklusif Ejen. Ejen akan fokus 100% rumah anda selama mana persetujuan dalam lantikan. Yang penting harga rumah pun dapat maintain sebab hanya ejen tu sahaja yang control harga.
Jika anda guna Ejen untuk jual hartanah kadar fi yang dicaj ialah 3%.Untuk makluman LPPEH telah menetapkan kadar fi untuk Ejen Hartanah iaitu 3% dari harga jualan atau boleh check di website Seksyen C (Estate Agency) Fees Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah Tanah dan Pengurusan Harta Malaysia (LPPEH) Fi dikenakan setelah hartanah tersebut selesai, sekiranya gagal tiada apa-apa fi yang dicaj.
Dah Tahu Cara Nak Jual Rumah Guna Ejen.
Bagi yang mana perlukan bantuan nak jual rumah boleh isi borang dibawah. Kami akan segera hubungi anda.
Perkhidmatan JUAL/BELI hartanah meliputi semua jenis hartanah:
• Rumah (Banglo/Semi D/Teres)
• Kondominium
• Pangsapuri
• Bangunan
• Tanah (Tanah Lot/Tanah pertanian/Tanah Ekar)