Kenapa Perlu Bayar Booking

finance-and-insurance-card

Kenapa perlu Bayar Booking 3% untuk beli rumah?

Hari ni ada sahabat nak beli rumah RM300k kene bayar booking RM9000 bersamaan 3%. Booking ni bukan boleh suka-suka pembeli bayar, tapi mestilah berpadanan dengan harga belian.

 

Kenapa orang lain boleh ambil RM500 je? 

 

Kebiasaanya tawaran sebegini datangnya dari pemaju perumahan booking RM500 sahaja, RM100 pun ada. Tapi itu adalah salah satu cara pemaju nak cepat rumah mereka terjual dan kene ingat pemaju akan bina lebih dari satu rumah dan itu adalah perniagaan mereka, macam mana sekalipun mereka kene cepat-cepat jual rumah.

 

 

 

 

 

 

 

Kenapa Booking 3% tak RM500?

Andai kata anda dah decide nak beli rumah RM300,000 yang betul menepati ciri-ciri rumah yang rumah idaman anda tiba-tiba dalam masa yang sama ada pembeli yang lain juga berminat. Dari peringkat awal anda orang pertama yang maklum pada owner akan bayar booking dan owner setuju dengan bayaran booking RM500 tanda jadi. Tiba hari anda nak bayar booking owner bagitahu “mintak maaf tuan rumah tu dah ada pembeli booking, pembeli tu bayar booking 3% RM9,000 “.

Walaupun anda orang pertama yang maklum pada owner nak bayar booking, disebabkan bayaran booking anda terlepas rumah dan buang masa. 

Andai kata rumah yang anda nak beli berharga RM320,000 dan anda berunding nak mintak kurang RM20,000. Dengan booking RM500 agak mustahil owner untuk owner bersetuju. Kerana tak setimpal bayaran booking dengan harga anda tawarkan.

Andai kata owner bersetuju dengan RM300,000, tiba-tiba datang pembeli lain offer rumah tersebut dengan RM320,000 dengan booking 3% RM9,600. Owner senang-senang je nak cancel deal tuan dan akan buat deal lain dengan pembeli baru. Anda baru booking RM500 owner boleh bayar RM1,000 sebagai ganti rugi. Sebab owner masih ada untung RM19,000.

Apa kelebihan jika booking 3%?

Kalau anda pembeli 

Misal kata rumah yang anda nak beli RM320,000 dengan bayaran booking 3% anda mampu berunding dengan owner sehingga dapat harga terbaik. Silap haribulan owner baik hati boleh bagi extra diskaun kerana dengan booking 3% owner akan melihat anda seorang pembeli yang serius dan bersedia untuk membeli rumah kerana untuk membeli rumah anda perlu ada 15% duit simpanan untuk kos awalan beli rumah. 
 
Jika owner sengaja cancel jual beli ini, anda berhak menuntut pampasan atau ganti rugi dari owner. Misal kata anda bayar booking RM9,000 sekiranya owner cancel atau jual pada orang lain anda boleh menuntut pampasan atau ganti rugi sekali ganda dari bayaran booking. Pasti owner akan fikir dua kali untuk cancel atau jual pada orang lain. 
 
Untuk urusan pinjaman perumahan pun senang, bank akan dahulukan pembeli yang bagi komitmen untuk diproses berbanding yang bayar booking atau booking yang tidak sepadan dengan harga rumah. Namun begitu bayaran booking 3% bukan menjamin loan anda lulus, bergantung kepada CRISS & CTOS anda dan komitmen anda sebelum ni.
 
 

kalau anda Onwer

Sekiranya anda menerima booking 3%, sudah tentu anda tahu pembeli ni dah ready untuk beli rumah. Sedikit sebanyak pembeli sudah dah prosuder jual beli hartanah dimana kos-kos yang perlu dikeluarkan dan sudah tentu pembeli dah kelayakan pinjaman perumahan dengan Bank atau Ejen hartanah. Anda pun jimat masa untuk cari pembeli lain. 
 
Jika pembeli sengaja cancel deal, sebagai contoh anda jual rumah dengan harga RM300,000 jadi booking 3% RM9,000 jadi anda berhak menuntut pampasan dari pembeli dimana booking 3% sebagai ganti rugi sekiranya pembeli sengaja cancel loan. 
 
Namun begitu, anda harus menyediakan kontrak sementara atau booking form dan perlu dinyatakan dengan jelas syarat-syarat pembelian rumah.
 
Nak senang lantik saya sebagai Ejen Hartanah anda.
Saya akan uruskan proses jualbeli hartanah anda

Anda boleh isi borang di bawah.

 
 
 
 

Sila berikan alamat hartanah yang lengkap bagi tujuan penilaian hartanah
Offer to Purchase/Booking Form

Kesimpulan

Tidak menjadi kesalahan kalau anda sebagai penjual rumah untuk menerima booking RM500, itu terpulang kepada anda. Banyak pekara boleh terjadi kemudian hari, ada yang bayar booking RM500 dan ambil masa setahun bila follow up macam-macam alasan. Akhirnya pembeli cancel, dalam tempoh setahun ada beberapa buyer yang berkualiti sudah tentu anda sudah terlepas. Bila follow up mereka bagitahu dah beli rumah. Sudah tentu anda sudah rugi masa dan mula la nak turunkan harga. Ada juga pembeli yang tahu kawasan tersebut akan diambil kerajaan jadi dia cepat-cepat bayar booking seminimum mungkin dengan meletakan syarat pembeli jika rumah diambil kerajaan sebahagian duit pampasan adalah milik pembeli.

Sekiranya anda bayar booking 3%, ini bukanlah kos tambahan untuk anda beli rumah.

Contoh 
Harga rumah RM300,000
Downpayment 10% RM30,000
Booking 3% RM9,000 

Kebiasaanya bank akan memberi pinjaman 90%, jadi downpayment 10% anda perlu bayar semasa tandatangan perjanjian jual beli. Jika anda bayar booking 3% diperingkat awal dan semasa tandatangan perjanjian jual beli anda hanya bayar 7% sahaja lagi RM21,000 jumlah bersamaan 10% RM30,000.

Paling minimum untuk bayar booking RM5,000 bergantung kepada harga hartanah anda jual. Dengan booking anda dapat pertahankan hak hak anda seorang PEMBELI & PENJUAL, tetepi anda perlu ingat perlu ada kontrak sementara atau booking form yang jelas.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *