Kenapa Rumah Bawah Batu Atas Kayu Susah Nak Jual?

 

Rumah bawah batu atas kayu dalam kamus LPPSA di panggil rumah Separuh Kekal.

Rumah jenis ini kebiasanya rumah design lama dan rata – rata rumah jenis ni berusia lebih dari 30 tahun. Rumah separuh kekal ni selalunya jenis rumah banglo, Semi d dan rumah kedai, setakat ini belum saya jumpa lagi rumah teres separa kekal.
 

Ada owner mengadu pada saya susah nak jual rumah jenis ni, ambil masa bertahun tahun untuk jual. Dari harga RM500k turun ke RM450k turun lagi RM400k dan akhirnya jual RM200k sebab dah bosan tunggu lama-lama, Lebih 50% nilaian hartanah anda jual. Rugi tak?

Kenapa Susah Nak Jual Pada Harga Pasaran?
Rumah jenis separuh kekal pembeli banyak kene spend duit untuk penyelenggaraan dan baikpulih, tambah – tambah lagi  rumah yang bertahun – tahun tiada penghuni. Kebiasaanya rumah jenis separuh kekal kerosakan  paling ketara adalah pada bahagian atas dengan binaan yang melibatkan kayu. Pembeli akan melihat pekara ini terlebih dahulu, kemudian akan tengok pula pada wiring, piping tu belum tengok anai-anai lagi.  Faktor ini owner perlu ambil kira sebelum memutuskan harga untuk jualan.
 
Kategori Pembeli Rumah Jenis Separa Kekal.
Hanya 2 kategori sahaja yang mudah untuk beli rumah jenis, ni pembeli dari kategori penjawat awam (LPPSA) dan cash. LPPSA akan menawarkan pinjaman penuh untuk penjawatan awam berstatus tetap dengan syarat rumah pertama sahaja. Tapi sanggup ke nak beli pada harga pasaran? Tak masuk kos repair, kos guaman.
 
 
Untuk Pembeli loan bank, bank hanya bagi loan untuk tanah sahaja. Dan Insuran pun tak cover untuk rumah jenis separuh kekal kerana mudah berlaku kemalangan katanya.
 
Contoh pengiran untuk pembeli loan bank:
Harga rumah + tanah RM450k
Harga tanah yang dinilai bank RM200k
 
Untuk loan tanah bank akan bagi 80% jadi 20% akan jadi downpayment
 
20% x RM200k = RM40k
 
Jadi pembeli nak beli rumah ni kene spend cash RM250k + 40k = RM290k untuk beli rumah jenis separuh kekal.
 
Dengan RM290k lagi berbaloi cari tanah dan bina.
 
 
Boleh Ke Jual Pada Harga Pasaran?
Mesti la boleh, anda tuan rumah anda ada hak nak jual berapa berapa pun. Tapi kene bersabar untuk dapatkan pembeli yang betul betul minat.
 
 
Jadi , untuk rumah jenis separuh kekal saya akan cadangkan pada owner jual 15% – 30% (bergantung kepada kondisi rumah) bawah harga pasaran oleh kerana faktor – faktor di atas.
 
 
Contoh pengiraan
 
Harga pasaran semasa RM500k
Harga cadangan saya 15% – 30% dari harga pasaran
RM500k x 20% = RM 100k

Jadi harga ideal untuk jual RM500k – RM100k = RM400k

 
Jika tuan puan bercadang nak jual rumah jenis separuh kekal, ini mungkin tips untuk anda jual dengan cepat dan mendapat keuntungan lebih dari hasil jualan rumah separa kekal.

Anda perlukan ejen hartanah untuk uruskan (SEWA/JUAL) boleh hubungi saya atau isi borang dibawah
 
Borang Jual Hartanah
Sila berikan alamat hartanah yang lengkap bagi tujuan penilaian hartanah
 
 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *