Panduan Beli Rumah Pertama
Secara umumnya, semua orang mengidamkan rumah kediaman sendiri, tapi segelintir masih tak tahu cara beli rumah kerana kurang pendedahan cara beli rumah. Saya share cara beli rumah terutama kepada anda yang sedang mencari rumah pertama.
Semak Kelayakan
Sebelum cari rumah, pekara utama yang perlu buat semak kelayakan pinjaman perumahan dengan bank. Anda boleh direct ke bank bawa dokumen dan semak kelayakan dengan pegawai bank.
Jika anda penjawat awam, anda boleh semak kelayakan kalkulator lppsa atau boleh juga semak dengan peguam yang menguruskan jual beli hartanah. Pastikan anda telah berkhidmat dengan kerajaan sekurangnya setahun dan disahkan jawatan.
Cari Rumah Mengikut Kelayakan
Sudah semak kelayakan, pastikan anda mencari rumah yang mengikut sama harga dengan kelayakan atau bawah kadar kelayakan pinjaman perumahan. Elakan dari mencari rumah ikut keinginan, tapi belilah rumah mengikut kelayakan pinjaman perumahan anda.
Bantuan Dari Kerajaan
Ramai yang tak ambil tahu inisiatif kerajaan untuk menbantu dalam pemilikan hartanah. Kerajaan memperkenalkan banyak skim pemilikan rumah pertama seperti Skim Perumahan Belia, Skim Rumah Pertama ku dan lain-lain. Yang menarik Skim Jaminan Kredit Perumahan (SKJP), skim ini untuk mereka yang berpendapatan tidak tetap seperti nelayan, peniaga kecil, pemandu teksi. Rajin-rajin anda semak dengan bank skim-skim yang boleh anda mohon. Namun begitu kesemua skim ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan dan institusi pembiayaan.
Selain dari inisiatif pinjaman perumahan, Kerajaan juga melaksanakan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindahmilik dan pinjaman bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500k bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025
Jika rumah anda bernilai RM500k, anda sudah jimat RM11,250 untuk bayaran duti setem.
Simpanan
Walaupun kerajaan memberi inisiatif untuk pembeli rumah pertama, anda perlu ada simpanan wang sekurangnya 15% dari harga rumah. Jika anda ingin membeli rumah harga RM300k simpanan yang ada perlu ada RM45k. 10% anda akan bayaran deposit untuk jual beli 5% lagi untuk kos guaman jual beli dan pinjaman perumahan dan juga termasuk kos penilai rumah.
Sekiranya anda layak ngan skim menawarkan pinjaman 100%, wang bayaran deposit 10% akan dikembalikan selepas semua urusan selesai. Untuk melancarkan proses jual beli anda perlu ada simpanan.
Pemilihan Peguam
Setelah loan perumahan lulus, anda perlu segara melantik peguam untuk menguruskan proses jual beli rumah. Pilih la peguam yang bertauliah dan anda boleh merujuk firma guaman berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia dengan melayari website malaysianbar. Pastikan firma guaman yang anda pilih fokus dalam menguruskan jual beli hartanah , jangan silap lantik peguam yang tidak praktis dalam menguruskan jual beli hartanah kerana ia akan melambatkan proses jual beli dan kemungkinan besar akan ada pertambahan kos kerana perlu melantik peguam lain untuk sambung kes jual beli anda.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan hartanah boleh hubungi saya atau isi borang dibawah.