6 TIPS JUAL RUMAH DI TERENGGANU

 

1.Semak maklumat rumah yang ingin dijual

Kenalpasti maklumat terperinci rumah yang ingin dijual,

2.Semak harga pasaran semasa rumah

Harga rumah mestilah berdasarkan nilai pasaran semasa, jangan sesekali jual pada harga masa hadapan kerana bank memberi loan pada harga pasaran semasa sahaja, selebihnya pembeli perlu keluarkan cash.

Untuk semak harga pasaran rumah, anda boleh semak dengan bank, penilai atau dengan cara lain buat analisis harga pasaran semasa dengan merujuk harga kawasan sekitar rumah yang anda ingin jual.

3.Pastikan rumah sedia untuk dikunjungi pembeli

Selain dari harga rumah, kondisi rumah juga mesti dalam keadaan baik kerana first impression pembeli adalah sangat penting.  Jika rumah anda kotor, bersepah atau terdapat kerosakan yang tidak dibaikpulih, kebarangkalian untuk pembeli jatuh cinta dengan rumah anda mungkin tipis. Tips untuk menambat hati pembeli, anda perlu spend sedikit wang untuk touch up, baikpulih atau menyelenggara rumah anda. Jika diding rumah lusuh, anda mungkin boleh cat balik rumah kerana warna putih akan kelihatan rumah anda bersih dan ruang ruang akan nampak lagi luas.

Cat rumah anda jika lusuh

Bahagian luar rumah juga perlulah diselenggara seperti memotong rumput atau mencantas pokok. Jangan biarkan rumah anda dalam keadaan semak samun.

 

4.Guna gambar yang menarik

Pastikan gambar yang anda guna untuk iklan adalah cantik dan menggambarkan keadaan rumah yang sebenar. Kalau anda tengok iklan ejen hartanah ataupemaju rumah, gambar-gambar yang mereka gunakan untuk iklan kebiasaannya sangat menarik kerana dengan gambar inilah yang akan menjadi tarikan utama pembeli. Sebelum ambil gambar rumah, pastikan rumah dalam keadaan kemas, dan buka semua lampu untuk pencahayaan dalam rumah.

Gambar sebelum edit

 

Gambar selepas edit

Edit gambar jika kelihatan suram dan malap, pastikan gambar terang dan jelas.

 

5.Cara pengiklanan online & offline

Ada 2 cara pengiklanan yang anda boleh buat online dan offline.

Jika online anda boleh mengguna medium sosial media FB, Instagram kalau nak jual cepat, anda kene pastikan pengiklanan anda tepat pada audience, secara manualnya anda kene add friend seramai yang mungkin dan anda juga perlu kerapa post iklan anda pada group yang berkaitan dengan hartanah.

Cara lain anda boleh iklankan rumah di portal hartanah pengikalan di internet

  1. Mudah.my
  2. iProperty
  3. Propertyguru
  4. Propwall
  5. Propsocial

Yang ini lebih targeted untuk pembeli rumah. Iproperty,propertyguru,propwall dan propsocial hanya agen hartanah yang berdaftar sahaja boleh iklankan di portal ini.

 Jika offline anda boleh gantung signboard ‘rumah untuk dijual’ di tempat yang mudah dilihat seperti depan rumah, tepi jalan dan sebagainya. Cara lain anda boleh sebarkan dalam group whatsapp, jiran, kawan kawan.

Offline marketing

6.Lantik ejen hartanah untuk menguruskan proses jual beli

Lantik Ejen Hartanah untuk menguruskan proses jualan rumah anda. Ejen akan uruskan dari analisa harga pasaran,pengiklanan, pinjaman perumahan dan guaman.  Ejen hartanah mempunyai rangkaian antara ejen dan agensi, ini sedikit sebanyak dapat membantu percepatkan proses jual rumah anda.

 

Ejen yang berpengalaman akan mempunyai database pembeli, setiap rumah yang ingin dijual ejen akan blast terlebih dahulu dalam database yang ada.

Borang Jual Hartanah
Sila berikan alamat hartanah yang lengkap bagi tujuan penilaian hartanah