Tips Lulus Loan Rumah Terengganu

Bank susah nak bagi loan rumah?

 

Saya kongsikan bagaimana bank menilai anda untuk memohon loan rumah.

Untuk pengetahuan anda bank akan menggunakan formula 5C untuk menilai dan menentukan loan anda.

Jom saya kongsikan apa tu 5C yang bank akan menilai anda

  1. CREDIT REPORT = CCRIS/CTOS

CRRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod yang diselia oleh biro kredit Bank Negara Malaysia untuk mengawasi corak pembayaran pinjaman. Perkara paling penting dalam faktor kelulusan oleh pihak bank adalah laporan kredit (credit report) anda. CCRIS dan CTOS merupakan antara dua jenis sistem yang diguna pakai oleh pihak bank dalam meniliti rekod kredit anda. Laporan CCRIS yang cantik  ialah apabila laporan tersebut memaparkan angka 0 yang bermaksud rekod pembayaran yang cantik dan bersih. Elakkan ada nombor selain ‘0’ di dalam CCRIS anda. Untuk pengetahuan anda PTPTN juga di dalam senarai CCRIS, ramai yang sangkut dengan PTPTN. Untuk menyemak CCRIS anda boleh ke bank negara atau www.ctoscredit.com.my

Contoh CCRIS Report Dari BNM

 

  1. CHARACTER

Character (karakter) ini adalah maklumat tentang diri anda terutamanya maklumat dari segi professional seperti tempat anda bekerja, tempoh anda bekerja di syarikat tersebut, caruman KWSP, SOCSO dan lain-lain contohnya pembayaran cukai ke LHDN. Pihak bank akan mengambil kira perkara-perkara ini bagi meniliti karakter anda dalam pengurusan kewangan anda sendiri.

Untuk membina karakter yang bagus anda perlu

  • Bayaran pinjaman tepat pada masanya.
  • Jangan kerap bertukar tempat kerja, kerana bank akan melihat anda yang bermasalah.
  • Bina kerjaya di syarikat yang stabil.
  • Untuk yang bekerja sendiri anda perlu declare pendapatan dandapatkan nasihat pakar dalam dokumentasi berkaitan dengan cukai pendapatan peribadi mahupun cukai pendapatan syarikat.
  1. CAPACITY

Capacity (kapasiti) adalah satu perkara yang terpenting dalam mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman perumahan anda. Jika anda berkemampuan/mempunyai kapasiti untuk mendapatkan pinjaman maka pihak bank tentu sekali tidak teragak-agak untuk meluluskannya. Namun, salah satu tanggapan umum adalah semakin kecil atau besar pendapatan individu, semakin kecil atau besar pinjaman yang boleh di buat. Ini tidak benar. Pihak bank akan membuat perkiraan berdasarkan Debt Service Ratio (DSR) anda. DSR atau istilahnya ialah nisbah hutang/komitmen kewangan ke atas pendapatan ialah antara kriteria terpenting dilihat oleh pihak Bank.

Formula pengiraan DSR adalah : Jumlah Hutang Sedia Ada + Ansuran Pinjaman Rumah Yang Bakal Dibeli / Pendapatan Bersih X 100%

Contoh:

Pendapatan bersih = RM 4000 sebulan

Pinjaman kereta = RM600 sebulan

Pinjaman PTPTN = RM 200 sebulan

Pinjaman Perumahan Yang Bakal Dibeli = RM1200 sebulan

(RM600+RM200) + RM1200 / RM4000 x 100%

DSR = 50%

DSR maksimum yang disyaratkan oleh pihak bank ialah 70%, maka mengikut contoh di atas, individu tersebut layak membuat pinjaman rumah kerana kadar nisbah hutang hanya 50% dari pendapatan. DSR hanyalah salah satu panduan dalam kriteria yang dilihat oleh pihak bank untuk kelayakan pinjaman. Anda boleh sentiasa berhubung dengan pihak bank kerana setiap bank mempunyai syarat berbeza-beza ke atas pinjaman. Jadi kalau ada hutang tu, uruskan dengan baik dan utamakan hutang yang penting.

  1. CAPITAL

Capital (kapital) adalah sebarang aset yang anda miliki seperti simpanan tunai, pelaburan, Tabung Haji, ASB, emas, fixed deposit dan lain-lain. Melalui perkara ini, pihak bank akan meneliti Akaun Simpanan anda contohnya, berapa banyak wang yang anda ada/simpan serta kekerapan anda mengeluarkan wang tersebut. Salinan semua jenis simpanan anda juga boleh dikemukakan kepada pihak bank sebagai dokumen sokongan. Manakala antara perkara yang boleh merosakkan faktor ‘Capital’ anda adalah seperti penggunaan kad kredit melebihi had. Jadi, elakkan perkara seperti ini jika hendak membuat pinjaman perumahan.

  1. CONSISTENCY & COMPLETE ORGANIZING

Consistency (Konsistensi) bermaksud berapa konsisten anda melakukan pembayaran kepada institusi kewangan yang anda ada buat pinjaman. Rekod pembayaran anda ini akan terpapar di dalam laporan kredit (Credit Report) seperti yang dinyatakan di atas dalam bentuk sistem CCRIS atau CTOS. Rekod ini menunjukkan ‘sikap’ anda terhadap komitmen hutang anda, jadi seharusnya anda berdisplin dalam membuat pembayaran dan tidak membiarkan sebarang tunggakan kerana ini akan ‘mencantikkan’ lagi penilaian anda di mata pihak bank.

Complete Organizing bermaksud Pengurusan Yang Lengkap. Pengurusan apa? Dokumen-dokumen anda sebelum beli rumah lah! Berikut adalah antara dokumen yang perlu ada bagi proses permohonan pinjaman:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Offer to Purchase (pembelian subsale) atau Sales Form & Receipt (pembelian hartanah projek).
  3. Salinan Penyata Gaji 6 bulan Terkini (Pendapatan Agresif).
  4. Salinan Penyata Bank (Dari Akaun Penggajian).
  5. Salinan dokumen yang berkaitan dengan pendapatan pasif, pendapatan portfolio dan lain-lain.
  6. Salinan penyata bank atau buku simpanan (bagi membuktikan transaksi pendapatan-pendapatan lain tersebut).
  7. Salinan CCRIS.
  8. Dokumen sokongan lain, jika pembayaran penuh sesuatu pinjaman dibuat tetapi masih lagi disenaraikan dalam CCRIS
  9. Salinan semua jenis simpanan yang lain seperti Tabung Haji, fixed deposit dan lain-lain.
  10. Salinan dokumen untuk insurans atau perlindungan harta – Bank akan lebih percaya kredibiliti anda kerana terdapat perlindungan oleh insurans.
  11. Salinan Penyata Cukai dan resit pembayaran.

 

Macam mana? Anda faham tak cara bank menilai anda dengan Formula 5C ni? Kalau semua 5C anda cantik dan dijaga dengan baik, pasti permohonan loan anda akan jadi lebih mudah untuk lulus dengan cemerlang.

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *